Wednesday, 25 February 2015

KEMULIAAN..MU PEMUDA



Bismilahirahmanirrahim

       Mereka, Generasi Islam terdahulu mulia kerana Islam, kita juga mulia kerana Islam, dan manusia seluruhnya akan mulia jika berada dibawah naungan Islam

Semuanya bermula dari Pemuda

Pemuda menjadi penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah Tamadun, Agama dan Bansa, jika rosak Pemuda musnahlah semua itu, jika cemerlang Pemuda gemilanglah Tamadun, Agama dan Bansa itu.

Adakah kita semua sedar mengapa kita diciptakan sebagai seorang Pemuda, pentingkah kita disisi ummat...adakah ummat megharapkan sesuatu daripada kita..?
jawapannya adalah...ya ,benar, (Tob'an) exacly.....

jiwa Pemuda adalah jiwa yang paling sesuai untuk menjadi golongan yang merealisasikan pengabdian diri hanya kepada Allah dan mendorong pengabdian Manusia lain hanyalah untuk Allah..kerana memang ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah milik Allah.

firman Allah :
( Surah al-zariyat : 56 )
 dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

betapa pentingnya Pemuda disisi Islam adalah semata-mata kerana pemuda mempunyai kemampuan untuk mempraktikkan sistem islam yang Rabbani yang sangat sempurna tanpa sebarang kecacatan dan kekurangan sedikit pun, menyeluruh...... sehingga Pemuda mampu mengesani segenap lapisan manusia, biarpun zaman berganti zaman.

firman Allah :
  (Surah Ali 'Imran ayat 19)
 dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya"          
"dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Disana ada satu tuntutan yang sangat besar yang perlu dipikul oleh Pemuda, dan sememangnya Pemuda diciptakan oleh Allah untuk itu, iaitu

 "memastikan hakimiyyah Allah terlaksan di muka bumi ini. Mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, dan dari kesempitan dunia kepada keluasannya yang nyata , dan dari kejahatan dan kezaliaman Kuffar kepada kesejahteraan dan 
keadilan Islam
                                                                                                                                        
disini saya kongsikan 5 syarat bagi pemuda yang ingin menjadi salah soerang daripada mereka yang akan meninggikan panji-panji islam, yang akan memastikan Islam sentiasa berada di tempat yang paling tinggi. yang akan memastikan Islamlah yang selayaknya berada di mata hati ummat manusia….dengan menafikan yang selainnya :

1 - Keimanan yang jitu dan teguh, iaitu keimanan yang tidak ragu-ragu dengan janji Allah untuk memenangkan Islam di suatu masa nanti, keimanan yang tidak sesekali cenderung untuk melayani hawa nafsu dan syahwat.. tetapi keimanan mereka berada ditahap yang sangat teguh untuk bermujahadah firman Allah :


                                        Surah AlHujurat. Ayat 015                               
 Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah
mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).

2 - Keikhlasan yang tidak berbelah bahagi, kehidupannya seharian hanyalah untuk Allah, ikhlas dalam setiap detik memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan ummah ini. memastikan setiap ibadah yang dikerjakan dengan cara yang terbaik, disusuli dengan rutin harian yang lebih tersusun dan terancang, yang sentiasa meletakkan keuntungan kepada Islam adalah matlamat dalam setiap kerja dan tindak-tanduknya.

3 -Mempunyai azam yang tinggi dan bersifat benar pada setiap janji-janjinya, yang tidak mengenal erti takut, kezaliman dan kejahatan mereka yang menghalangnya dianggap rencah dan lumrah di dalam perjuangan, meletakkan ketaqwaan hanya sanya kepada Allah, Allah yang mencipta kebaikan dan keadilan, tawakkal yang tinggi yang senantiasa mengharapkanpertolongan Allah dalam usahanya, hanya Allah yang mampu memberi kemenangan dan mampu mengalahkan kebatilan.

4 - Mampu beramal (all out) yang menjadikan keletihan dalam berdakwah adalah suatu kepuasan dan kenikmatan. hatinya sayu melihat ummah masih diterkam arus jahiliyyah, semangat untuk menyelamatkan ummah dari banjir besar ini sentiasa berada di kemuncak, hatinya tidak pernah merasa puas selagi mana Islam tidak berjaya

5- Mampu berkorban, menjadikan pengorbanan adalah sesuatu yang sangat bernilai, bukan semata-mata berkorban untuk hidup tetapi menjadikan hidupnya untuk berkorban dalam memastikan setiap inchi kemuliaan Islam tidak dihina dan dirobek oleh musuh yang sentiasa berusaha untuk mengotori kesucian dan kemurnian Islam. baginya kemenangan itu hanya dua : samada syahid di medan atau kemenangan yang dianugerahkan. sehinngakan mereka yang berjuang bermati-matian bertanya bilakah kemenangan akan tiba? jawab Rasulullah sesungguhnya kemenangan itu sudah dekat, akhirnya kesabaran dan pengorbananlah yang menjadi asas dan benteng yang kukuh sehingakan mereka berjuang bukan untuk merasai kemenangan tetapi memastikan Islam diwariskan kepada generasi akan datang dalam kodusi yang terbaik yang menguntungkan bukan merugikan.

wallahua’lam sekian,

No comments:

Post a Comment