Bismilahirahmanirrahim
Mereka, Generasi Islam terdahulu mulia kerana Islam,
kita juga mulia kerana Islam, dan manusia seluruhnya akan mulia jika berada
dibawah naungan Islam
Semuanya bermula dari Pemuda
Pemuda menjadi penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah Tamadun, Agama dan Bansa, jika rosak Pemuda musnahlah semua itu, jika cemerlang
Pemuda gemilanglah Tamadun, Agama dan Bansa itu.
Adakah kita semua sedar mengapa kita diciptakan
sebagai seorang Pemuda, pentingkah kita disisi ummat...adakah ummat megharapkan
sesuatu daripada kita..?
jawapannya adalah...ya ,benar, (Tob'an) exacly.....
jiwa Pemuda adalah jiwa yang paling sesuai untuk
menjadi golongan yang merealisasikan pengabdian diri hanya kepada Allah dan
mendorong pengabdian Manusia lain hanyalah untuk Allah..kerana memang
ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah milik Allah.
firman Allah :
( Surah al-zariyat : 56 )
dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.
betapa pentingnya Pemuda disisi Islam adalah
semata-mata kerana pemuda mempunyai kemampuan untuk mempraktikkan sistem islam
yang Rabbani yang sangat sempurna tanpa sebarang kecacatan dan kekurangan
sedikit pun, menyeluruh...... sehingga Pemuda mampu mengesani segenap lapisan
manusia, biarpun zaman berganti zaman.
firman Allah :
(Surah Ali 'Imran ayat 19)
dan sesiapa Yang mencari ugama selain
ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya"
"dan ia
pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.
Disana ada satu tuntutan
yang sangat besar yang perlu dipikul oleh Pemuda, dan sememangnya Pemuda
diciptakan oleh Allah untuk itu, iaitu
"memastikan hakimiyyah
Allah terlaksan di muka bumi ini. Mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama
manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, dan dari kesempitan dunia
kepada keluasannya yang nyata , dan dari kejahatan dan kezaliaman Kuffar kepada
kesejahteraan dan
keadilan Islam
disini saya kongsikan 5 syarat bagi pemuda yang ingin
menjadi salah soerang daripada mereka yang akan meninggikan panji-panji islam,
yang akan memastikan Islam sentiasa berada di tempat yang paling tinggi. yang
akan memastikan Islamlah yang selayaknya berada di mata hati ummat
manusia….dengan menafikan yang selainnya :
1 - Keimanan yang jitu dan teguh, iaitu
keimanan yang tidak ragu-ragu dengan janji Allah untuk memenangkan Islam di
suatu masa nanti, keimanan yang tidak sesekali cenderung untuk melayani hawa
nafsu dan syahwat.. tetapi keimanan mereka berada ditahap yang sangat teguh
untuk bermujahadah firman Allah :
Surah AlHujurat. Ayat 015
Sesungguhnya
orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya
kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada
jalan Allah;
mereka
itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).
2 - Keikhlasan yang tidak berbelah bahagi,
kehidupannya seharian hanyalah untuk Allah, ikhlas dalam setiap detik
memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan ummah ini. memastikan setiap ibadah
yang dikerjakan dengan cara yang terbaik, disusuli dengan rutin harian yang
lebih tersusun dan terancang, yang sentiasa meletakkan keuntungan kepada Islam
adalah matlamat dalam setiap kerja dan tindak-tanduknya.
3 -Mempunyai azam yang tinggi dan
bersifat benar pada setiap janji-janjinya, yang tidak mengenal erti takut,
kezaliman dan kejahatan mereka yang menghalangnya dianggap rencah dan lumrah di
dalam perjuangan, meletakkan ketaqwaan hanya sanya kepada Allah, Allah yang
mencipta kebaikan dan keadilan, tawakkal yang tinggi yang senantiasa
mengharapkanpertolongan Allah dalam usahanya, hanya Allah yang mampu memberi
kemenangan dan mampu mengalahkan kebatilan.
4 - Mampu beramal (all out) yang
menjadikan keletihan dalam berdakwah adalah suatu kepuasan dan kenikmatan.
hatinya sayu melihat ummah masih diterkam arus jahiliyyah, semangat untuk
menyelamatkan ummah dari banjir besar ini sentiasa berada di kemuncak, hatinya
tidak pernah merasa puas selagi mana Islam tidak berjaya
5- Mampu berkorban, menjadikan pengorbanan
adalah sesuatu yang sangat bernilai, bukan semata-mata berkorban untuk hidup
tetapi menjadikan hidupnya untuk berkorban dalam memastikan setiap inchi
kemuliaan Islam tidak dihina dan dirobek oleh musuh yang sentiasa berusaha untuk
mengotori kesucian dan kemurnian Islam. baginya kemenangan itu hanya dua :
samada syahid di medan atau kemenangan yang dianugerahkan. sehinngakan mereka
yang berjuang bermati-matian bertanya bilakah kemenangan akan tiba? jawab
Rasulullah sesungguhnya kemenangan itu sudah dekat, akhirnya kesabaran dan
pengorbananlah yang menjadi asas dan benteng yang kukuh sehingakan mereka
berjuang bukan untuk merasai kemenangan tetapi memastikan Islam diwariskan
kepada generasi akan datang dalam kodusi yang terbaik yang menguntungkan bukan
merugikan.
wallahua’lam sekian,
( Surah al-zariyat : 56 )
dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.
Disana ada satu tuntutan
yang sangat besar yang perlu dipikul oleh Pemuda, dan sememangnya Pemuda
diciptakan oleh Allah untuk itu, iaitu
"memastikan hakimiyyah
Allah terlaksan di muka bumi ini. Mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama
manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, dan dari kesempitan dunia
kepada keluasannya yang nyata , dan dari kejahatan dan kezaliaman Kuffar kepada
kesejahteraan dan
keadilan Islam
Surah AlHujurat. Ayat 015
|